Bermula Isnin ini, para pengikut laman Instagram rasmi milik portal ini iaitu @mhetv.my bakal menganjurkan peraduan dinamakan Parodi Melodi Raya MHE TV.

Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, peraduan tersebut bukan sahaja menawarkan aneka hadiah istimewa, bahkan bertindak sebagai satu platform untuk menyerlah bakat seni dimiliki.

Selain bakat nyanyian, peserta turut berpeluang memanfaatkan platform ini untuk menyerlahkan kebolehan lain seperti melawak, berlakon, mengarah dan sebagainya.

Hasil karya yang diparodikan harus dirakam menerusi klip video berdurasi kurang seminit dan idea kreatif terbaik berpeluang diumumkan sebagai pemenang sepanjang tempoh peraduan dijalankan.

Setiap peserta sama ada solo atau kumpulan dibenarkan menghantar seberapa banyak video penyertaan demi membuka pintu rezeki lebih luas untuk bergelar juara harian.

Bagi menceriakan isi kandungan video parodi tersebut, dinasihatkan agar setiap peserta menerapkan elemen humor dan gembira, sekali gus memeriahkan sambutan Ramadan dan Syawal kali ini.

Selain Parodi Melodi Raya yang berlangsung dari 20 Mei hingga 10 Jun ini, satu lagi peraduan sempena memeriahkan sambutan Aidilfitri ialah *mParodi Sketsa Raya yang akan dimulakan pada 27 Mei hingga 14 Jun hadapan. – MHE TV

Iklan