Seorang lelaki berusia 50 tahun sekali lagi dihukum penjara 16 bulan atas kesalahan memasang kamera pengintai di dalam tandas wanita di studio penggambaran filem ‘James Bond’.

Warga emas yang dikenali sebagai Peter Hartley itu bekerja sebagai petugas penyelenggaraan di Pinewood Studio, di London yang merupakan salah satu set penggambaran filem ikonik tersebut.

Kegiatan Hartley terbongkar selepas seorang kru produksi menyedari ada pantulan cahaya pada dinding tandas itu ketika penggambaran filem James Bond: No Time To Die sedang dijalankan.

Mula berasa curiga, dia cuba meneliti dari mana datangnya cahaya itu dan akhirnya menemui sebuah kamera.

Apabila ditanya mengapa dia memasang peranti itu di tandas studio, Hartley memberitahu polis,

“Saya rasa kepuasan seksual adalah sebab utama, seperti yang saya pelajari dari masa lalu.

“Setiap kali saya berasa tertekan, saya akan melakukan kegiatan ini,” jawabnya.

Ini bukan kali pertama Hartley melakukan kegiatan terkutuk itu. Dia sebelum ini pernah dipenjara selama 16 bulan atas tuduhan gangguan seksual.

Selain itu dan dia baru saja selesai menjalani rawatan di pusat pemulihan selama lapan bulan sebelum di ditahan pada Jun lalu.

Lelaki itu juga mempunyai rekod jenayah yang sama sejak tahun 2008. Dia disabitkan bersalah kerana meletakkan kamera di bangunan dewan pada tahun 2009 dan di bilik ganti pada tahun 2016.

Iklan