Selepas beberapa tahun tidak berpuas hati dengan replika patung lilin penyanyi kesayangan yang dibuat sebelum ini, akhirnya peminat Beyonce kini tersenyum gembira.

Apa tidaknya, pihak muzium Madame Tussauds telah menggantikan replika penyanyi itu dengan ukiran yang lebih asli dan menyerupai isteri Jay-Z.

Lebih menggembirakan peminat, pemilihan replika baharu itu dibuat berdasarkan penampilan Beyonce sewaktu membuat persembahan di Coachella pada 2018.

Bukan setakat itu sahaja, pihak Madame Tussauds juga telah meletakkan replika patung lilin Beyonce dalam barisan diraja bagi meraikan hasil muziknya yang bertaraf hebat di peringkat dunia.

Sebelum ini, Madame Tussauds telah dikritik hebat oleh peminat Beyonce dan juga media kerana gagal untuk menghasilkan patung lilin yang asli berbanding selebriti Hollywood lain.

Peminat mengatakan pihak muzium seolah-olah pilih kasih dalam mempamerkan hasil patung lilin dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku kepada penyanyi terkenal seperti Beyonce. – MHE TV

Iklan