Pelakon filem Men In Black, Dodgeball dan Larry Sanders iaitu Rip Torn meninggal dunia pada usia 88 tahun di kediamannya di Lakeville, Connecticut.

Rip sangat dikenali dalam kalangan peminatnya terutama melalui watak terbaik di dalam filem
Men In Black, Dodgeball: A True Underdog Story dan rancangan televisyen The Larry Sanders Show.

Rip meninggalkan seorang isteri, Amy Wright serta dua anak perempuan, Katie dan Angelica Page.

Rip (tengah) membawa watak ketua sebuah agensi yang bernama Zed di dalam Men In Black

Meskipun Rip meninggal pada Selasa lepas, tiada punca kematian yang dilaporkan media.

Pelakon Will Smith yang pernah bekerjasama dengan Rip di dalam dua filem Men In Black, turut meluahkan rasa sedihnya di atas kehilangan itu.

Smith memuat naik gambar dia bersama Rip dalam laman Instagram miliknya, dengan menulis kapsyen “R.I.P. Rip.”

View this post on Instagram

R.I.P. Rip

A post shared by Will Smith (@willsmith) on

Rip sewaktu memenangi anugerah

Rip, yang berasal dari Texas, telah berkecimpung dalam dunia lakonan selama tujuh dekad.

Malah Rip pernah memenangi anugerah Emmy untuk hasil kerjanya menerusi program The Larry Sanders Show dan tercalon untuk Oscar pada 1984 menerusi filem Cross Creek. – MHE TV

Iklan