POLIS menahan salah seorang pelakon filem Ratu Kala Jengking bagi membantu siasatan  berhubung kecurian akaun bitcoin Datuk A. Aida.

Produser filem Ratu Kala Jengking ini membuat aduan polis lebih sebulan lalu apabila curiga kepada beberapa individu termasuk bekas suaminya (Ariff Aziz) berhubung menyedari berlaku kehilangan sejumlah wang lebih RM200,000 dalam akaun bitcoinnya.

Ketika dihubungi A.Aida mengakui pelakon lelaki itu telah ditahan polis hari ini namun  tidak mahu memberi  komen lebih lanjut.

“Saya tahu mengenai penahanannya tadi. Maaf, saya tak boleh komen apa-apa. Sebelum ini bekas suami saya juga telah  ditahan bagi membantu siasatan,” kata A. Aida.

Iklan