Media tempatan semalam melaporkan, SPRM menahan seramai 33 individu termasuk 24 penguat kuasa JPJ bersabit kes tersebut.

Bagaimanapun tiga daripada mereka dilepaskan dengan jaminan pada hari sama semalam.

Dalam tangkapan itu,lapan individu termasuk tiga wanita merupakan orang awam yang berperanan sebagai proksi, tonto serta pemilik syarikat.

Rujuk sumber SPRM, kesemua pegawai penguat kuasa JPJ gred 19 hingga 32 daripada Pejabat JPJ negeri tersebut dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 ke RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap pemandu-pemandu lori terlibat selain turut membocorkan maklumat operasi JPJ.

Bayaran berkenaan dipercayai untuk pegawai kanan JPJ bagi tujuan hiburan.

Dalam perkembangan sama, tangkapan itu merupakan siasatan peringkat pertama dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Dalam kes ini dianggarkan tidak kurang daripada 75 pegawai penguat kuasa JPJ terlibat menerima rasuah daripada pemilik syarikat-syarikat lori.

Sumber berkenaan juga menerangkan, kumpulan lori-lori yang dilindungi dibekalkan dengan pelekat khas yang disediakan oleh tonto supaya mereka mudah dikenal pasti sekali gus kebal daripada tindakan penguat kuasa.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya telah melakukan risikan sejak beberapa bulan lalu selain mendapat maklumat daripada orang awam.

Operasi besar-besaran dijalankan oleh Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dengan kerjasama SPRM Pulau Pinang.

Ujar Azam, pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Kesemua yang ditahan dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown untuk mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.-MHE TV

Ruang komen
Iklan