Trending Tular Video

Pelik tapi benar, ‘Miss Yeah’ buat pejabat macam dapur rumahnya!

Dia mungkin tidak banyak bercakap di dalam videonya. Namun gadis kecil molek ini mencetus sensasi menerusi video aksi selamba memasak di pejabat yang dimuat naik di YouTube. Sekaligus tular di seluruh negara China.

Pelik tapi menarik. Selebriti Internet yang popular dengan nama Miss Yeah ini akan menggunakan apa saja kelengkapan dan alatan yang ada atau dijumpai di pejabatnya.

Kadang-kadang rasa macam tak masuk akal tetapi cubalah tonton video proses dia memasak menggunakan apa saja benda yang ada di pejabat, boleh buat anda berasa lapar serta-merta!

Antaranya, dia memasak lempeng menggunakan CPU, membuat ais krim menggunakan pemadam api, memasak steamboat dengan peti penapis air, membuat ladu menggunakan cerek elektrik, barbeku dengan kipas angin dan kabinet pejabat, memasak menu ayam panggang dalam pasu, membuat roti guna seterika stim dan banyak lagi!

Menurut Miss Yeah, proses penghasilan video dia memasak di pejabat bukan mudah kerana biasanya mengambil masa selama empat hari bermula proses brainstorming, skrip, membeli bahan-bahan masakan sehinggalah ke proses suntingan. Selain itu, dia mendapat sokongan daripada majikan dan rakan-rakan sepejabat yang suka dengan idea kreatifnya.

Satu lagi tarikan ialah ekspresi wajah gadis berasal dari Chengdu ini setiap kali memakan makanan yang dimasak menunjukkan makanan itu sangat sedap. Malah ada ketika dia akan berkongsi dengan seluruh rakan di pejabatnya dan mereka juga memberikan ekspresi yang sama.

Tetapi hakikatnya akui Miss Yeah, banyak rasa hasil masakannya sangat teruk misalnya mee segera yang dibuat dengan jarum mengait. Tetapi daging dipanggang dengan seterika, rasanya sedap.

Hanya dengan memuat naik satu video seminggu, emailnya dibanjiri dengan banyak permintaan daripada pelbagai pihak yang menawarkan dia iklan komersial. Namun pemegang ijazah sarjah jurusan Koreografi Universiti Normal Sichuan Normal itu menolak dan mengatakan setakat ini dia tidak berminat.- MHE TV

 

 

Iklan
Ruang komen