Baru-baru ini tular video pemandu sebuah kenderaan trak pikap (4WD), dilihat bertindak kejam apabila mengikat dan mengheret sekor anjing di belakang kenderaannya yang sedang bergerak.

Penularan video yang berlaku di Jalan Kota, Taiping itu mendatangkan kecaman warganet sehingga laporan polis telah dibuat.
Bertindak atas laporan tersebut, polis telah menahan seorang lelaki berusia 54 tahun bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintenden Razlam Ab. Hamid berkata, berdasarkan siasatan, anjing tersebut miliknya yang dipelihara sejak setahun lalu. Suspek dikatakan mahu membuang anjing tersebut.

“Suspek mahu membuang anjing tersebut kerana dikatakan kerap menggigit wayar di rumahnya.

“Anjing yang mahu dibuang itu diletakkan di bahagian belakang kenderaan namun suspek mendakwa dia tidak sedar haiwan itu terjatuh,” katanya.

Menurutnya lagi, kenderaan tersebut didaftarkan atas nama anak lelakinya dan semasa kejadian, suspek merupakan individu yang memandu kenderaan tersebut.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Binatang 1953.- MHE TV

Iklan