Siapa yang tidak kenal penyanyi Amir yang dahulu pernah popular bersama kumpulan Ukay’s. Mereka popular dengan lagu-lagu seperti Di Sana Menanti Di Sini Menunggu dan Pahit Akan Manis Akhirnya.

Perjalanan Amir bersama Ukay’s tidak lama. Dia membawa haluan sendiri sejak tahun 1997. Bagaimana pun nama kumpulan ini terus diingat peminat.

Ada anggota asal Ukay’s yang kembali mewujudkan nama kumpulan ini dengan menampilkan vokalis baharu. Selain vokalis yang sering bertukar, nama Ukay’s juga ada pelbagai versi. Sehingga peminat keliru yang mana satu. Ukay’s atau UK’s?

Vokalis Ukay’s yang asal akhirnya membuka mulut. Amir akui perjalanan kumpulan tersebut dengan vokalis bertukar ganti memberi kesan buruk pada kerjaya seninya.- MHETV

Iklan