Penampilan baharu pelakon dan pengacara, Lisa Surihani yang berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadat umrah, meraih perhatian netizen.

Ibu kepada dua anak itu memuat naik gambarnya sewaktu satu majlis anjuran Snap Inc, semalam, dalam laman Instagram miliknya.

Meskipun tidak menyebut secara langsung penampilannya yang berhijab pada majlis itu, Lisa tetap mencuri tumpuan di samping panel lain iaitu YouTuber Ili Sulaiman dan ahli sosiologis, Dr Hafeeza.

Penampilan terbaharu Lisa pada satu majlis baru-baru ini mencuri tumpuan

Rata-rata peminat dan rakan artis memuji imej ibu kepada Yahaira Leanne dan Yusof Leonne ini yang tampak manis bertudung pada acara itu.

Paling menarik, Lisa dilihat membalas setiap komen yang mendoakan dia agar sentiasa istiqomah dengan penampilan terbaharunya itu.

Ramai peminat dan rakan artis memuji imej yang dibawa Lisa kini

“Thank you dear…hoping and praying it is for the right reasons that stem from the heart,” tulis Lisa pada ruangan komen.

Komen balas Lisa di ruangan instagram miliknya

Semoga isteri kepada Yusri Abdul Halim ini menikmati fasa baharu yang berlaku dalam hidup secara perlahan-lahan. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Lisa dan keluarga. – MHE TV

Iklan