Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun bersedia meletak jawatan sekiranya rakyat tidak berpuas hati dengan prestasinya menerajui badan itu.

Azhar membuat komen tersebut di Twitter miliknya pada 24 Januari.

“Saya membiarkan 30 juta rakyat Malaysia menilai saya dan SPR.

“Dan jika majoriti tidak berpuas hati dengan saya atau SPR di bawah saya, sila beritahu anggota Parlimen untuk mengundi membantah saya di Parlimen.

“Saya akan meletakkan jawatan tanpa syarat sekiranya terdapat undi seperti itu. Itu janji saya,” katanya.

Beliau yang juga dikenali sebagai Art Harun, menaikkan status tersebut dipercayai akibat dikritik hebat netizen selepas didakwa gagal mengambil tindakan salah laku Pakatan Harapan dalam kampen PRK di Cameron Highlands.

Selain itu, Azhar turut dikritik susulan keputusan SPR menutup lebih awal beberapa pusat mengundi, dipercayai kubu kuat Barisan Nasional. – MHE TV

Sumber gambar: Utusan Online

Ruang komen