Peminat filem pecah panggung, Train to Busan kini sudah boleh percaya sepenuhnya mengenai khabar sambungan filem tersebut.

Bakal ditayangkan tidak lama lagi, sekuel yang diberi tajuk Bando aka Penisular itu mengangkat kisah empat tahun selepas peristiwa yang berlaku dalam Train To Busan.

Ia memaparkan situasi seluruh kehidupan di Semenanjung Korea musnah gara-gara serangan sekumpulan zombie seperti mana dalam filem pertama.

Namun ada sekumpulan manusia yang selamat tetapi mereka hanya mampu berharap dan menunggu tanpa kepastian bilakah bantuan akan sampai ke tempat itu.

Gandingan teraju utama, Kang Dong Won (kiri) dan Lee Jung Hyun menjayakan filem Bando.

Antara barisan pelakon kali ini seperti Kang Dong Won ( sebagai Jung Suk, Lee) Lee Jung Hyun (sebagai Min Jung) dan pelakon cilik Lee Rae sebagai (Yoon Yi)

Filem arahan Yeon Sang Ho itu sudah pun menjalani penggambaran sejak 24 Jun lalu. – MHE TV

Iklan