PENYANYI popular Abdul Halil Chik, 70, meninggal dunia di Hospital Ampang, pukul 7.00 pagi tadi.

Halil yang dikejarkan ke wad  hampir dua minggu lalu setelah mengalami masalah darah tinggi melampau sehingga menyebabkan strok bahagian kanan badan kerana berlaku perdarahan otak kiri.

Penyanyi 70an yang pernah bergelar Tom Jones pada waktu kegemilangannya pernah popular dengan lagu Lenggang Mak Limah dan Bunga Melati dan banyak lagu lain, sempat pulang beraya di negara kelahirannya di Singapura sebelum kembali ke Kuala Lumpur meraikan Syawal  tahun ini dengan dua anak lelakinya, Aliff 23 dan Johan, 19.

Jenazah akan dibawa pulang ke Masjid Bukit Antarabangsa dan dikebumikan pukul 5.30 petang nanti di Tanah Perkuburan Islam di Ulu Klang.

Iklan