Seorang penyanyi yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi syarikat telekomunikasi (telco) ditahan polis setelah menceroboh kediaman bekas isterinya semalam.

Difahamkan, lelaki terbabit diberkas selepas pihak polis memanggilnya untuk memberi keterangan di Balai Polis Hulu Kelang di ibu kota.

Menurut sumber, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana didapati menceroboh selain mengeluarkan ugutan bunuh.

“Suspek yang dikurniakan tiga cahaya mata bersama bekas isterinya itu turut bertindak agresif dengan merosakkan pintu rumah wanita berkenaan serta menghamburkan kata-kata kesat.

“Pun begitu, tindakan pantas pengawal keselamatan di kejiranan itu berjaya menghentikan perbuatan selebriti tersebut,” memetik kenyataan sumber.

Terdahulu pada 2017, lelaki berdarah kacukan itu pernah ditahan pihak berkuasa Dubai atas kesalahan memiliki dadah.

Difahamkan, suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Sumber: Utusan Online

Iklan