Jenayah ragut boleh berlaku di mana-mana. Kebiasaannya individu yang menjadi mangsa ragut ialah kaum wanita yang berseorangan.

Minggu ini pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Ayus Haiqal, berkongsi kisah dia diragut tular dalam media sosial.

Status yang dikongsikan Ayus tular dalam media sosial.

Ini kerana kes menimpa Ayus Haiqal agak pelik dan kelakar apabila peragut sendiri datang menyerah diri ke balai polis.

Kenapa?

Menurut Ayus, kejadian berlaku di hadapan Hong Leong Bank, kawasan pekan lama Kuala Selangor pada 12 April lalu.

Kongsinya, selepas diragut lelaki tersebut melarikan diri dengan meninggalkan motosikal dinaikinya dalam keadaan enjin masih hidup.

Tanpa membuang masa Ayus menunggang motosikal peragut terbabit ke balai berhampiran.

“Penyamun tu lari tinggalkan motor dia yang enjinnya tak dimatikan lagi. Apa lagi senang la kerja akak. Bawa motor dia sekali pergi balai polis,” kongsinya.

Namun semasa membuat laporan polis, tiba-tiba suspek yang merangutnya datang ke balai dalam keadaan menangis.

Peragut berbaju merah datang menyerah diri.

Tahu apa peragut tu nak?

Bab ini yang kelakar. Peragut tersebut datang menyerah diri kerana mahukan semula motosikal tersebut.

Peragut tersebut mendakwa motor tersebut milik isterinya dan dia takut dimarahi isterinya sekiranya motor tersebut ditahan sebagai bukti kes.

Akibat pengakuan ikhlas si peragut, satu balai bergema dengan suara ketawa geli hati.

“Masa tengah buat report si peragut (baju merah) datang nangis-nangis kat balai. Sebab motor tu motor bini dia. Dia takut bini dia marah. Menyamun dia tak takut tapi dia lagi takut kena marah dengan bini. Satu balai gelak. Akak pun gelak jugak,” kongsi Ayus.- MHE TV

Iklan