Nama penyanyi Taeyong tiba-tiba menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat ekoran dia dikatakan sebenarnya seorang pembuli ketika di bangku sekolah menengah.

Malah individu yang pernah menjadi mangsa buli anggota kumpulan NCT itu beberapa kali mengalami tekanan.

Disebabkan tidak tahan kerana asyik dibuli, mangsa pernah cuba mencederakan diri sendiri.

Dalam laman komuniti Pann menyebut, Taeyong juga suka memperlekehkan dan mengejek rakan sekolahnya yang bertubuh gemuk.

Sementara itu, SM Entertainment menerusi satu kenyataan menegaskan berita itu adalah palsu.

Menurut pengurusan tersebut, berdasarkan rekod perilaku artis semasa di sekolah menengah, dia tidak pernah dikenakan tindakan disiplin, menerima rungutan daripada guru-guru
mahupun terlibat dengan sebarang gejala tidak sihat.

Bagaimanapun, Taeyong meminta maaf dan mengakui dia kesal kerana pernah menyakiti hati dan mengejek beberapa di rakan sekolah.

“Taeyong sangat menyesal dengan perilaku, dan ucapannya yang tidak masuk akal semasa di sekolah menengah sebelum bergelar artis.

“Dia juga telah meminta maaf kepada semua. Sekarang dia sudah berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Taeyong kini sibuk dengan projek debut sebagai SM SuperM di mana dia bergabung bersama Taemin (SHINee), Kai dan Baekhyun (EXO), Mark Lee (NCT 127), Ten dan Lucas WayV.

Justeru, sebilangan peminat menganggap isu buli itu sengaja dicetuskan haters semata-mata mahu merosakkan imej Taeyong menjelang debut nanti. – MHE TV

Iklan