Iskh…kalau tuan kereta nampak kenderaan miliknya dilenjan habis-habisan sebegini pasti kecoh nanti.

Mana tidaknya kenderaan yang dipercayai disewakan kepada bangsa asing dah tular dalam laman sosial beb!

Menerusi status yang memuat naik rakaman video dalam halaman Facebook menunjukkan, betapa hebatnya skil seorang pemandu warga asing mempamerkan aksi bertenaga ala-ala ‘drift’ menggunakan kenderaan yang disewanya.

Video berdurasi 27 saat itu memperlihatkan pemandu kereta yang disewa itu melakukan beberapa pusingan di sebuah lokasi yang tidak diketahui (mana tempat ramai warga asing lepak mungkin kat situ kot).

Apa yang pasti, kejadian ini berlaku di Malaysia memandangkan kenderaan yang digunakan ialah buatan Malaysia.

Halaman Facebook berkenaan turut berpesan kepada mana-mana pihak yang ingin menyewakan kenderaan kepada warga asing agar berhati-hati sebelum urusan lanjut dibuat.

“Hati-hati bagi kereta sewa kepada warga asing.

“Dia lenjan kereta sampai macam tu sekali,”ujar pengelola halaman itu kepada pengikutnya.

Jadi, apa pandangan anda selepas menonton aksi percuma ini?

Tepuk dada, tanya selera!-MHE TV

Iklan