Kasih suami membawa ke syurga, sayang isteri bahagia berkekalan. Wah, harmoni rumahtangga apabila suami isteri saling sayang menyayangi dan melengkapi antara satu sama lain. 

Dan apabila blogger terkenal, Cik Epal memberikan hadiah sempena hari lahir suaminya yang ke-30, ramai para suami di luar sana makan hati!

Apa tidaknya, Cik Epal bagi kereta Ford Mustang 5.0 GT! Kereta idaman kaum lelaki tu. Aduhai bertuahnya suami Cik Epal tu ye. 

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya @cikepal06, wanita yang berusia 28 tahun ini membuat kejutan buat suaminya sambil menutupi mata ke sebuah tempat. 

Apabila penutup dibuka, dapat dilihat reaksi Jofliam, suami Cik Epal yang  tergamam dengan hadiah tersebut. 

“Selama aku berkahwin dan hidup serumah dengan @jofliam ni,apa yang aku nampak dia tak pernah berkira dengan aku. Dari zaman aku study sampai dah kahwin ni,aku memang jenis suka beli apa-apa guna duit sendiri.Tak suka nak mintak orang belikan apa-apa kehendak aku. Tapi kadang-kadang dia yang tetiba nak belanja aku baju lah, kasut lah, perfume lah,handbag lah tanpa aku minta.

Jofliam bersama anaknya, Han melihat kereta Ford Mustang yang dihadiahkan Cik Epal.

“Orang kalau nak bagi, kita kena ambil. Rezeki jangan ditolak nokkk. Ehehe. Aku ni pulak jenis kalau orang tak berkira dengan aku, aku boleh berganda tak kan berkira dengan dia.

“Kalau dia layan aku macam QUEEN, aku berpuluh kali ganda boleh layan dia macam KING. 

“Aku tahu kemampuan dia. Aku tahu dia boleh beli sangat kereta Ford Mustang 5.0 GT ni. Cuma aku rasa kalau aku bagi hadiah kereta Ford Mustang 5.0 GT ni dekat dia dengan hasil duit usaha aku sendiri, maybe dia akan lebih hargai,” tulis Cik Epal yang kini sedang mengandung anak kedua. 

Agaknya berapa harga kereta Ford Mustang 5.0 GT ni ye? – MHE TV

Iklan