Produser jutawan, Datuk A. Aida mengesahkan bukan lagi isteri kepada pelakon Ariff Aziz.

“Benar, kami sudah bercerai pada April lalu,” beritahu A. Aida kepada MHE TV.

Perkahwinan pasangan ini hanya bertahan sekitar 9 bulan.

Menurut A. Aida dia reda dengan perpisahan itu, meskipun tahu dirinya akan dikaitkan dengan kontroversi lagi selepas ini.

“Jodoh pertemuan, ajal maut dalam jagaan Allah SWT. Saya sendiri tidak mahu bercerai berai macam ni, tetapi apa boleh buat.

“Perkahwinan kami hanya bertahan tidak sampai setahun, saya reda,” katanya.

A. Aida dan pelakon tersebut berkahwin pada 21 Julai 2018 di sebuah hotel di Subang Jaya selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia perkahwinan keempat bagi produser tersebut. – MHE TV

Iklan