Bukan sofa mahupun kereta baharu, isteri Mark Adam hanya minta kuih batang buruk.

Ketika suami di luar sana berusaha menggembirakan isteri mereka dengan pelbagai barangan mewah sempena sambutan Hari Raya ini, lain pula halnya dengan isteri Mark.

Ternyata isteri kepada penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara ini tidak mahu membebankan suaminya itu.

Kongsi Mark, isterinya Norazah Redzuan hanya meminta kuih batang buruk sebagai pelengkap sambutan Hari Raya tahun ini.

Kongsi Mark juga, tahun ini dia hanya akan berada di Kuala Lumpur selain sibuk dengan jemputan meraikan Aidilfitri di rumah sahabat taulan. – MHE TV

Iklan