Kalau tidak kenal dengan insan periang bernama Wany Hasrita ni, maknanya anda sudah lama bermastautin dalam gua.

Selepas jadi Bintang Paling Popular 2018 menewaskan nama-nama besar yang lain, perjalanan seni penyanyi Menahan Rindu ini dilihat bergerak sangat lancar. Macam kereta sport di lebuh raya. Berdesup, laju.

Tapi tahukah anda, semasa bersekolah, dia cukup popular dengan gelaran Kurita (Hasrita). Macam nama sotong pun ada juga tu. Hahaha! Kelakar.

Malah, dia juga sinonim dengan gelaran Biskot kerana suka pakai pewangi yang ada bau macam biskut lemak. Begitulah!

Sotong ke, biskut ke, Wany tak ambil hati sangat pun. Malah hari ni semua tu dah jadi kenangan manis pun selepas dia sudah berjaya.

Sempena ulang tahun kelahirannya ke 25, kita imbas kembali momen-momen indahnya sepanjang bergelar anak, penyanyi dan wanita hebat!

Iklan