Sementara menunggu untuk membuat kemunculan semula dalam dunia lakonan, pelakon Ji Chang Wook baru-baru ini meluangkan masa berbual bersama peminat menerusi aplikasi V-Live.

Sepanjang bersiaran, bintang drama K2 ini turut berkongsi pengalamannya ketika menjalani latihan ketenteraan.

Banyak perkara menarik yang diceritakan termasuklah pendedahan dia tidak mandi selama lima hari.

Selama menjalani latihan sebagai tentera, banyak tugasan mencabar. Antaranya, dia bersama pasukan dihantar ke Cheorwon.

“Kami diarahkan berada di kawasan tersebut selama lima hari dan dalam tempoh itu saya tidak cukup tidur dan mandi.

“Satu pengalaman yang memeritkan tetapi saya bangga kerana dapat melaksanakan tugasan dengan lancar, ” katanya.

Selain itu, dia juga mendedahkan mengalami kenaikan berat badan sebanyak 12 kilogram.

“Berat badan saya naik sebanyak 12 kilogram. Tetapi saya banyak melakukan aktiviti olahraga demi menurunkan berat sebelum tamat latihan,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Ji Chang Wook bakal mengadakan acara bertemu peminat pada 19 Mei ini di sebuah lokasi di Seoul, Korea.

Dia juga bakal menjalani penggambaran drama terbaharu bertajuk Melt Me. – MHE TV

Iklan