Pewaris takhta Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail, anakanda kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim semakin menjadi tumpuan ramai terutama dalam kalangan netizen.

Tunku Iskandar yang merupakan putera kedua TMJ bersama isterinya, Che Puan Khadeeda merupakan pewaris tahkta kesultanan Johor.

Gambar dan video Tunku Iskandar dimuatnaik TMJ dan isteri menerusi laman Instagram mereka sering kali mendapat ratusan ribu tontonan dan rata-rata netizen kagum dengan cara didikan yang diberikan oleh keluarga diraja ini.

Selain Tunku Iskandar, TMJ dan isterinya, Che Puan Khaleeda juga mempunyai seorang puteri bernama Tunku Khalsom Aminah Sofiah Tunku Ismail yang kini berusia dua tahun. –MHE TV

Iklan