Petang tadi khabarnya, Haziq Abdullah Abdul Aziz, telah ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) di Sepang.

Difahamkan, tangkapan dibuat kira-kira 5.30 petang seperti dipetik dalam laporan portal The Malaysian Insight.

Susulan itu, pengesahan mengenai tangkapan ini akan diberi oleh Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan media dalam masa terdekat.

“Satu kenyataan akan dikeluarkan oleh pihak Urusetia Ketua Polis Negara dalam masa terdekat ini,” dedah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.-MHE TV

Iklan