Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain menjelaskan, pihaknya tidak hammad Ashraf Hassan atau Acap daripadamempunyai kuasa menutup kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail(GUT), Mohammad Ashraf Hassan atau Acap daripada dikunjungi orang awam.

Itu reaksi Razarudin mengulas pertanyaan media berhubung laporan yang dibuat oleh abang Mohammad Ashraf yang mahu lokasi pencarian itu ditutup kepada orang awam.

Dalam perkembangan sama, Razarudin mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut.

Tambah beliau, polis tidak boleh menyekat kemasukan orang awam ke situ lebih-lebih lagi banyak ‘laluan tikus’ dan bukannya tertumpu pada satu laluan sahaja.

Kawasan itu juga menjadi laluan orang tempatan kira-kira seramai 800 orang yang turut membantu dalam operasi pencarian berkenaan.

Dalam hal lain, lokasi pencarian tidak boleh ditutup memandangkan kawasan berkenaan adalah tumpuan rekreasi selain lokasi itu adalah kawasan perkampungan.

Apa yang boleh pihaknya lakukan setakat ini ialah memantau dengan kebenaran polis kemasukan orang awam ke kawasan itu.

Jika pada waktu siang mungkin ia tidak menjadi masalah bagi orang awam memasuki kawasan tersebut.

Tapi, pada waktu malam pihaknya tidak benarkan mereka masuk kawasan itu.-MHETV

Iklan