Siapa peminat siri filem Princess Diaries, angkat tangan! 

Ye, filem Princess Diaries 3 akan menemui penonton apabila teraju utama, Anne Hathaway mengesahkan khabar tersebut. 

Anne yang ditemubual dalam rancangan Watch What Happens Live with Andy Cohen memberitahu selain dirinya, Princes Diaries 3 turut dibintangi barisan pelakon asal siri filem tersebut.

Duo Julie Andrews dan Anne Hathaway dalam filem Princess Diaries.

“Memang ada skrip untuk filem ketiga Princess Diaries ini. Saya dan Julie Andrews sangat teruja untuk berlakon bersama.

“Seperti mana ia penting buat anda dan kami, kami akan mengumumkan apabila semuanya sudah sedia,” ujar pemenang Oscar ini. 

Jadi, adakah putera idaman, Chris Pine dan juga pengawal peribadi, Hector Elizondo akan kembali? 

Peminat sudah lama menantikan sambungan filem Princess Diaries (2001) dan Princess Diaries 2: Royal Engagement (2004) yang berjaya mencipta fenomena di seluruh dunia. – MHE TV

Sumber glamourmagazine.co.uk / Gambar SKY

Iklan