Biarpun kontroversi mengenai rumah tangga ustaz selebriti, PU Abu telahpun selesai selepas hubungan itu berakhir, namun lelaki ini masih kekal menjadi perhatian warganet.

Terbaharu semalam, PU Abu memuat naik sekeping gambar yang kemudiannya menjadi perdebatan pengikutnya.

Gambar yang memperlihatkan luka-luka ditangan turut disertakan dengan kapsyen seolah-olah dia telah dipukul oleh empat hingga lima orang manusia.

“Alhamdulillah, aku diuji lagi. Aku bersyukur tidak ada apa-apa berlaku, hanya sekadar calar ditangan.

“Empat lima orang belum cukup untuk menumbangkan aku kerana aku yakin Allah sentiasa berada aku. Allah sebaik-baik pelindung,”tulisnya.

Rata-rata pengikut berteka-teki dengan keadaan PU Abu sekarang. Ada yang meluahkan rasa simpati dan tidak kurang juga yang menganggap ia balasan atas perbuatan PU Abu sebelum ini.

Iklan