Pendakwah muda Pencetus Ummah (PU) Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan mengakui kesilapannya menceraikan isterinya ketika sarat mengandung.

PU Abu membuat pengakuan tersebut di laman Instagram miliknya yang menggunakan nama, Cian Mokhtar.

Dia yang kini berada di Mekah atas urusan kerja, mengaku menyesali perbuatan dan ketelanjuran yang dilakukannya.

“Saya PU ABU @ Muhammad Abu Sufyan Bin Mohd Mokhtar Rozaidi memohon maaf di atas kesalahan saya menceraikan isteri saya ketika mengandung dan saya amat menyesali atas ketelanjuran saya lakukan,” tulisnya.

Pengakuan maaf PU Abu yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya.

Pada masa sama, dia juga mengakui bersikap tidak adil terhadap semua yang terlibat dan memohon memohon maaf terutama kepada bekas isteri dan keluarga.

“Saya meminta maaf kepada bekas isteri saya dan keluarga kerana berlaku sikap tidak adil terhadap mereka. Moga saya mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang saya lakukan.

“Saya berharap para netizen berhenti mengecam pihak yang tidak terlibat secara langsung atau pun tidak langsung,” ujarnya.

Katanya lagi, selepas ini dia akan bertemu bekas isterinya dan menyelesaikan masalah yang telah berlaku dengan cara sewajarnya.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa jam permohonan maaf itu dibuat, PU Abu telah memadamkan status tersebut  sehingga menimbulkan tanda tanya kepada netizen. – MHE TV

Iklan