Ingat lagi tak isu panas yang membabitkan pelawak terkenal memukul dan menendang pengawal keselamatan warga emas minggu lalu?

Kejadian yang berlaku di taman perumahan Acacia Park Desa Jati di Nilai,Negeri Sembilan itu, mendapat perhatian meluas netizen.

Isu ini sekali lagi mendapat perhatian apabila Mahkamah Seremban hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap pelawak terkenal Lan Pet Pet selepas mengaku salah memukul seorang pengawal keselamatan dalam kejadian pada 6 April lalu.

Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 49, sebelum ini menjadi tular selepas video rakaman keselamatan (CCTV) yang memaparkan pelawak itu memukul warga emas tersebut.

Lan Pet Pet yang pernah mengganggotai sebuah kumpulan pelawak, dipercayai berang kerana ditegur tidak membuat catitan dalam buku pelawat semasa memasuki kawasan perumahan itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd. Nor Marzukee Besar, pelawak Lan Pet Pet dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

“Tertuduh yang merupakan seorang pelakon mengaku salah pagi ini dan dihukum denda sebanyak RM2,000,” katanya. -MHE TV

Iklan