Firman Allah s.w.t bermaksud:
”Isteri-isteri kamu adalah ladang bagi kamu dan datanglah kepada ladang kamu mengikut yang
kamu suka dan kehendaki”
(Surah Al Baqarah ayat 223)

Sering mendengar keluhan suami isteri yang tak puas menikmati hubungan intim bersama? Ada yang
merungut selepas mencapai orgasma, suami terus hanyut dibuai lena. Ha…tak syoklah macam tu
kan?

Jika mahu momen asmara kekal lebih lama, jom cuba tip ini agar baik suami mahupun isteri terus
kekal berada dalam dakapan masing-masing.

  1. Mulakan Dengan Ciuman
    Jangan lupa kepentingan ciuman mesra yang mengambil sedikit masa kerana nafsu seks
    wanita boleh meningkat melalui ciuman kasih sayang yang suami berikan.
  2. Beri Suami Peranan Utama
    Suami memang suka jika diberi peranan mengawal permainan. Jadi biarkan si suami yang
    menentukan bagaimana rentak permainan.
  3. Lebih Kreatif
    Saling memberi kejutan kerana ramai wanita mempunyai fantasi mereka terhadap suami.
    Begitu juga sebaliknya. Tidak perlu tertumpu pada teknik dan posisi yang sama.Jadilah lebih
    kreatif meneroka keseronokan baharu.
  4. Kurangkan Tekanan
    Perlu diketahui bahawa keadaan anda sebelum melakukan hubungan seks. Jika seseorang
    dalam keadaan tertekan, ghairah seksualnya akan hilang. Untuk aktiviti seksual yang
    menyeronokkan, biarlah ia berlangsung dalam mood romantis.
  5. Berbincang Dengan Pasangan
    Berterus terang tentang hubungan seks yang macam mana pasangan mahukan. Anda boleh
    tanya apa yang kurang dalam hubungan seks anda supaya ia boleh diperbaiki dan lebih
    menyeronokkan.
  6. Alih Perhatian
    Kalau suami sudah mencapai orgasma, minta dia pegang bahagian lain di tubuh isteri bagi
    mengalih perhatiannya agar momen indah itu berpanjangan.
  7. Teknik ‘Pause’
    Teknik berhenti sekejap juga boleh digunakan . Selepas berhenti, lakukan pemanasan agar ia
    boleh kembali ‘naik’.
  8. Lakukan Seks Sebelum Keluar
    Disarankan suami isteri bersama sebelum keluar ke satu-satu tempat. Sesetengah pasangan
    gemar melakukan seks selepas pulang ke rumah. Ini menjadikan seks tidak seronok kerana
    faktor badan dan minda sudah penat.
  9. Teknik Mula Dan Berhenti
    Ini salah satu petua paling mudah untuk melambatkan orgasma pada suami. Apabila
    pasangan anda sudah ingin mencapai klimaks, anda berhenti memberi rangsangan.
    Kemudian selepas rasa ingin pancut itu hilang, barulah kalian mulakan kembali aksi.
  10. Makan Buah Beri Biru
    Makanan boleh dijadikan sebagai senjata untuk meningkatkan stamina seksual anda.
    Antara makanan yang disaran pakar adalah buah beri biru. Buah ini mengandungi pelbagai
    vitamin dan nutrien yang mampu meningkatkan stamina.
Iklan