Pelakon Raja Ilya berkongsi berita gembira bakal menamatkan zaman bujangnya. Majlis pernikahan Ilya akan berlangsung di Perth, Australia hari ini.

Dalam video yang dikongsi itu, Ilya memberitahu ia sekadar majlis sederhana bersama keluarga. Satu majlis lain akan berlangsung tahun hadapan.

“Impian menjadi kenyataan. Saya akan berkahwin dengan lelaki yang saya cintai.

“Seperti yang anda tahu, hidup tidak mudah dan saya melalui banyak cabaran sepanjang tahun.

“Syukur hari ini impian jadi kenyataan. Saya bertemu dengan lelaki yang mencintai saya. Saya sungguh teruja,” tulis Ilya di laman Instagram miliknya.

Ilya sebelum ini mengumumkan dia sudah bertunang dengan seseorang menerusi perkongsian gambar di laman sosial. Ilya juga pernah memberitahu tentang hubungan cintanya dengan seorang lelaki yang berasal dari Australia namun tidak pernah mendedahkan siapa lelaki tersebut.

Tahniah buat Ilya. Kita tunggu Ilya berkongsi gambar majlis yang berlangsung di sana. – MHE TV

Iklan