Hari ini merupakan hari ke-19 kehilangan peserta Gopeng Ultra Trail (GUT) Mohammad Ashraf hassan atau Acap.

Selang empat hari lalu, negara dikejutkan dengan penyebaran pesanan suara dipercayai seorang lelaki mendakwa Acap yang hilang sejak 23 Mac lalu telah dijumpai.

Terbaru, tular di media sosial memaparkan rakaman suara seorang lelaki mendakwa sebagai orang kampung berhampiran tentang lokasi pencarian Acap.

“Beratus-ratus pawang datang, ramai yang kena sepak pun ada.

“Satu je kita nak bagi tau, sebenarnya orang luar semua datang tunjuk pandai membelakangi orang kampung.

“Orang kampung mulanya dah ‘kabor’ jangan naik ke atas (Batu Putih) sebab masa ini ada kenduri di atas.

“Diorang ini degil termasuk budak (Acap) yang hilang itu. Jadi dah ‘kabor’ kalau jadi apa-apa ‘kome’ tanggung sendiri,”sedikit sedutan rakaman suara berdurasi tiga minit 48 saat. –MHE TV

Iklan