Pertandingan Miss Africa 2018 kecoh sebaik sahaja satu insiden kebakaran di atas pentas utama acara tersebut.

Menerusi satu rakaman video, rambut ratu cantik dari Congo, Dorcas Kasinde, tiba-tiba terbakar selepas diumumkan sebagai pemenang pertandingan itu.

Khabarnya, gaya rambut afro Dorcas terbakar akibat percikan bunga api sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai pemenang acara terbabit.

Secara tidak langsung, ia mencetuskan situasi panik seketika di atas pentas utama pertandingan Miss Africa 2018.

Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dikawal dan ratu cantik dari Congo itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mujur, rambut afro yang terbakar itu adalah palsu dan bukannya rambut asli Dorcas. Namun, situasi luar jangka itu ternyata meninggalkan kesan buat tuan punya badan lebih-lebih lagi ia ditonton oleh penduduk di seluruh dunia. -MHE TV

Sumber video & gambar: Media sosial

Iklan