BUKAN mudah bela dua anak lelaki yang sedang membesar seorang diri. Tanpa suami, tanpa pembantu rumah. Paling tak tahan masa mereka bergaduh-gaduh manja, boleh pecah satu rumah.

Nama pun budak, mana reti nak duduk diam, kan? Walaupun depan orang. Tetapi mommy dia tetap cool dan pakar memujuk. Rayyan yang bercucuran ‘ayaq mata’ selepas bergaduh dengan Arjuna, kembali okey walaupun sebelum tu kelepak, kelepak, kelepak ‘kena’ cubit manja kat bahagian kaki sebab buat kat adik dia.

Fuhhh, boleh tahan manja dalam aksi yang sempat MHE TV rakamkan secara senyap senyap ni. Jangan marah nooo angpa…

Apapun, mommy dia tetap jelita tanpa secalit makeup pun berani keluar rumah. Rambut siap toncit lagi aih, relaks sahaja bawa anak-anak jalan-jalan beli groceries. Yakin diri sungguh sis Rita kita ni. Aummmmm!

Iklan