BAHAN A:
400gm spageti (1 paket) – direbus
1 sudu besar sos cili
50gm lobak merah – dipotong nipis
50gm sayur sawi – dipotong kecil
Sedikit minyak

BAHAN B:
500gm tulang lembu – dibersihkan
250gm daging lembu – dipotong dadu
1 bunjut sup bunjut
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Air secukupnya

BAHAN C:
1 sudu besar cili giling
1 tin tomato puri
1 sudu besar lada hitam
1 ketul sup bunjut
Bahan kisar bersama:
3 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
1 inci halia

 

CARA:

  1. Panaskan sedikit minyak masukkan sayur sawi, lobak merah, spageti dan sos cili. Gaul sebati dan ketepikan.
  2. Rebus tulang dan daging lembu dan masukkan separuh bahan kisar, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, dan sup bunjut.
  3. Masak sehingga daging lembut. Ketepikan.
  4. Dalam periuk, tumis baki bahan kisar bersama cili giling.
  5. Kemudian masukkan tomato puri, lada hitam dan gaul sebati.
  6. Selepas itu, masukkan sup tulang dan daging yang telah dimasak tadi ke dalam.
  7. Kacau sehingga sebati dan masukkan garam secukup rasa.
  8. Hidang spageti bersama kuah.
Iklan