BAHAN
200gm cendawan shitake – dihiris nipis
1 labu bawang besar – potong dadu
3 ulas bawang putih – tumbuk
1 kiub stok ayam
4 cawan air
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar mentega
Garam dan lada hitam secukup rasa
Sedikit minyak

 

CARA

  1. Tumis bawang putih dan bawang besar dalam periuk sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan cendawan shitake dan kacau sehingga cendawan lembut sedikit.
  3. Masukkan air, stok ayam, tepung jagung dan mentega. Kacau sebati.
  4. Angkat dan masukkan dalam pengisar dan kisar sehingga hancur.
  5. Masukkan balik dalam periuk dan biarkan mendidih. Kacau sebati.
Iklan