Penyanyi pop antarabangsa, Rihanna mengesahkan bakal mengeluarkan label fesyen sendiri bersama Louis Vuitton SE (LVMH), sebuah jenama mewah dalam industri fesyen dunia.

Menggunakan nama sama seperti rangkaian produk kecantikannya iaitu Fenty, Rihanna mengumumkan akan bekerjasama dengan label LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton itu, pada Jumaat.

Rihanna sebelum ini mencipta kejayaan besar dengan rangkaian kecantikannya, Fenty Beauty.

Rangkaian jenama mewah itu yang akan berpangkalan di Paris, dijangka dipersembahkan pada 22 Mei dan ia merangkumi koleksi ready-to-wear (RTW), kasut dan aksesori.

Bagaimanapun, menurut laporan media antarabangsa, tiada sebarang petunjuk tentang bagaimana rupa koleksi tersebut.

“Memang tiada sebarang klu bagaimana agaknya rupa koleksi Fenty dengan label LVMH, namun mengenali Rihanna sebagai seorang ikon, dia gemar mengambil risiko dalam menggayakan fesyen. Contohnya seperti yang dipersembahkan melalui busana sewaktu Met Gala sebelum ini,” tulis sumber tersebut.

Dengan kemunculan Fenty sebagai rumah fesyen baharu yang dicipta oleh LVMH sejak Christian Lacroix pada 1987, menjadikan Rihanna sebagai wanita pertama yang menghasilkan jenama sendiri di bawah LVMH. – MHE TV

Iklan