Pelakon Robert Pattinson dikatakan bakal memegang watak utama sebagai Bruce Wayne dalam filem terbaharu The Batman yang dijangka menemui peminat di pawagam pada tahun 2021.

Meski belum ada sebarang pengesahan dari syarikat Warner Bros, namun ada beberapa sumber yang mula bercakap tentang hal tersebut.

Memetik laporan laman Variety, Pattinson merupakan pilihan utama pengarahnya iaitu Matt Reeves.

Hero filem Twilight itu khabarnya akan bertemu dengan pihak penerbit dalam masa terdekat bagi menandatangani kontrak penggambaran.

Dalam masa sama, Ben Affleck yang menerajui beberapa siri filem Batman sebelum ini bakal terlibat sama sebagai penerbit.

The Batman kini masih dalam proses penggubalan skrip dan pihak penerbitan mahukan ia menjadi lebih baik berbanding Batman Vs Superman dan Justice League.

The Batman dijangka memulakan penggambaran pada hujung tahun ini atau awal 2020.

Dalam masa yang sama Pattison bakal tampil dengan empat filem lain sepanjang tahun ini iaitu High Life, The Lighthouse, The King dan Waiting for the Barbarians. – MHE TV

Iklan