Personaliti TV dan pengacara American Idol, Ryan Seacrest dilaporkan bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Pengacara berusia 44 tahun ini khabarnya kembali menjalani hubungan istimewa dengan bekas kekasihnya, chef popular Shayna Taylor.

Namun Ryan merancang untuk menjalani terapi bagi meyakinkan diri bahawa dia betu-betul sudah bersedia bergelar suami.

“Ryan cuba memenangi hatinya (Shayna) kembali dan mahu menjadi lebih baik untuk dirinya sendiri.

“Dia juga memberitahu, akan menjalani terapi untuk memahami apakah dia sudah betul-betul bersedia,” dedah satu sumber rapat dengan selebriti itu.

Baru-baru ini kecoh mengenai khabar Ryan intim dengan dengan tiga wanita (termasuk Shayna) dalam tempoh sebulan.

Pertama, fotonya bercuti di Kepulauan Turks dan Caicos pada Mei lalu bersama seorang wanita berambut coklat cantik tersebar di internet.

Selepas itu, dia dikatakan pergi bercuti pula bersama model Larissa Schot di sebuah lokasi di selatan Perancis.

Ryan dan Shayna mula bercinta pada tahun 2013, namun berpisah setahun selepas itu.

Kemudian ikatan cinta mereka kembali terjalin pada tahun 2016. Setahun selepas itu, Shayna membuat keputusan berpindah Los Angeles ke New York dan tinggal bersama Ryan.

Suatu sumber sebelum ini “mereka masih sangat rapat” walaupun sudah berpisah.

“Mereka masih suka dan saling mengambil berat,” kata sumber itu.

Ada yang mendakwa punca perpisahan mereka mungkin ada kaitan dengan perkahwinan.

Shayna dikatakan lebih bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dalam hubungan mereka, namun tidak bagi Ryan.

“Selepas tiga tahun bersama, Shayna mahukan lebih banyak daripada hubungan itu.

.”Rasanya, dia sudah bersedia untuk berkahwin, tetapi Ryan tidak,” kata sumebr tersebut. – MHE TV

Iklan