Desas desus pelakon senior terkenal, So Ji Sub kini sedang dilamun cinta akhirnya terjawab!

Ya benar. Bintang drama Master’s Sun itu sekarang menjalin hubungan asmara dengan seorang wartawan, Jo Eun Jung yang 17 tahun lebih muda daripadanya.

Pasangan ini mula bertemu buat kali pertama pada Mac 2018. Ji sub ketika itu hadir dalam program Night of Real Entertainment untuk mempromosikan filem lakonannya, Be With You di mana Eun Jung ditugaskan untuk menemuramah pelakon tinggi lampai itu.

Tidak lama selepas itu, mereka sekali lagi berjumpa secara kebetulan ketika menghadiri sebuah acara reunion, di Seoul, Korea.

Semenjak pertemuan kali kedua, Ji Sub dan wanita berusia 24 tahun itu semakin akrab dan hubungan mereka berkembang sebagai pasangan kekasih.

Gosip mengenai hubungan mereka mula menjadi perbualan hangat warganet selepas laman sesawang Dispatch baru-baru ini menyiarkan beberapa keping foto menunjukkan seorang lelaki mirip pelakon berusia 41 tahun itu keluar dari sebuah kafe sambil membawa dua cawan minuman.

Manakala seorang wanita dipercayai Eun Jung sedang menunggu di luar dan seolah-olah dia sedang bercakap dengan telefon.

Kemudian kedua-duanya dikatakan berjalan beriringan dan sangat mesra.

Mengulas mengenai hubungan pasangan tersebut, pada 17 Mei pihak agensi Ji Sub iaitu 51K Entertainment menerusi satu kenyataan telah mengesahkan perkara itu.

“Ya benar So Ji Sub dan Jo Eun Jung kini sedang bercinta. Hubungan mereka serius.

“Namun kami tidak dapat pastikan berapa lama sebenarnya mereka sudah bercinta kerana itu adalah hak privasi artis,” kata wakil agensi.

Walaupun mempunyai perbezaan usia yang sangat jauh, namun So Ji Sub dan Jo Eun Jung saling memahami antara satu sama lain.

Tahniah oppa! Kahwin nanti jangan lupa jemput. hiks! – MHE TV

Kredit foto: Dispatch

Iklan