Satu salinan laporan polis dipercayai aduan daripada abang kandung kepada peserta Gopeng Ultra Trail(GUT), Mohammad Ashraf Hassan atau Acap yang hilang sejak 23 Mac lalu tular di media sosial, hari ini.

Salinan itu menerangkan nama pengadu, Mohammad Azlan Hassan, meminta orang awam dan pihak sukarelawan yang ingin menjalankan misi mencari adiknya dihentikan.

Aduan itu turut menyentuh permintaan keluarga agar sebarang spekulasi atau berita-berita tidak benar mengenai Acap dihentikan.

Salinan laporan polis yang tersebar itu secara tidak langsung menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan orang awam yang mengikuti kes kehilangan tersebut.-MHE TV

Iklan