Tidak sampai setahun mendirikan rumah tangganya, penerbit terkenal, Datuk A. Aida, 49, hari ini mengumumkan perceraiannya dengan pelakon Ariff Aziz, 30 yang sempat diharungi selama sembilan bulan sahaja.

Berdasarkan kemas kini dalam laman Instagram milik kedua-dua selebriti itu, didapati mereka berdua sudah saling ‘unfollow’ dan foto terakhir yang dimuat naik adalah ketika bercuti di Kemboja pada Oktober lalu.

Malah, bekas suami isteri yang sah bercerai pada April lalu itu turut telah memadam hampir kesemua gambar mereka berdua dan cuma berbaki beberapa keping sahaja.

Sebentar tadi, A. Aida mengadakan sidang akhbar tergempar untuk mengesahkan desas-desus mengenai perceraiannya di ibu kota.

Pun begitu, usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada aktor yang juga ahli perniagaan itu gagal kerana Ariff tidak menjawab panggilan atau membalas kiriman mesej dihantar oleh wartawan MHE TV.

Pasangan tersebut bernikah pada 21 Julai 2018 di sebuah hotel di Subang selepas saling mengenali satu sama lain selama tiga bulan. – MHE TV

Iklan