Jenayah Trending Tular Video

Sampai beralih usus budak tu kau kerjakan!

Mahkamah dari daerah Madhya Pradesh, India melaksanakan hukuman mati ke atas seorang guru.

Pesalah bernama Mahendra Singh Gond akan dihukum gantung sampai mati di penjara Jabalpur pada 2 Mac ini.

Mahendra merupakan individu pertama di India yang melakukan jenayah rogol akan menjalani hukuman tersebut.

Merujuk fakta kes, Mahendra telah dituduh menculik dan merogol seorang kanak-kanak perempuan pada 30 Jun 2018.

Selepas melakukan perbuatan terkutuk itu, guru gila seks ini bertindak meninggalkan mangsa sendirian dalam sebuah hutan kerana menyangka kanak-kanak berkenaan meninggal dunia. 

Namun, selepas beberapa jam guru durjana itu ditangkap polis selepas kanak-kanak itu ditemui oleh keluarganya. 

Apa yang menyedihkan, mangsa dijumpai dalam keadaan cedera parah.

Difahamkan, kesan perbuatan kejam Mahendra telah menyebabkan bahagian usus dan organ dalaman beralih. 

Justeru, mangsa terpaksa menjalani pembedahan segera bagi merawat kecederaan tersebut.

Terdahulu, Mahendra telah disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Sesyen di Nagod pada 19 September tahun lepas.

Mangsa yang masih selamat akhirnya membuat pengakuan kepada polis.

Hasil siasatan lanjut, membuktikan Mahendra bersalah menculik dan merogol kanak-kanak itu.- MHE TV

Sumber: Media sosial

Ruang komen