Hampir sepuluh tahun bergelar anak seni, telah banyak pengalaman jatuh dan bangun yang telah dilalui oleh pelakon Sara Ali.

Dia juga akui pernah merasa putus asa dan mahu meninggalkan dunia lakonan.

Namun Sara sedar tidak mudah meninggalkan kerjaya yang telah diceburi sejak sekian lama.

“Saya pernah cuba untuk berhenti berlakon dan fokus pada bidang lain. Bagaimana pun apabila cuba lari ia datang kembali.

“Sebelum ini saya melibatkan diri sebagai arkitek tetapi ada pula tawaran berlakon yang sangat menarik, sebab itu saya kembali,” ujar Sara.

Sara bakal muncul dalam telemovie berjudul Sesalan Terakhir arahan Datuk Jurey Latiff. Telemovie ini turut menampilkan pelakon hebat Jasmin Hamid dan Faizal Hussein selain pendatang baharu Hafiz Nolan.

Pesanan Terakhir merupakan terbitan Kembar Sufi Production Sdn Bhs. Ia mengisahkan kehidupan Natasha sebagai anak kepada seorang wanita yang hidup penuh dalam kememewahan hasil daripada menjadi pisau cukur.

Meskipun dijaga dan mendapat pendidikan yang baik, Natasha melalui episod gelap dalam hidupnya. – MHE TV

Iklan