Pengacara popular, Che Puan Sarimah Ibrahim menamakan Tunku Sofia Najihah buat anak pertamanya yang dilahirkan semalam.

Menurut Sarimah, 41, dia dan suami sepakat memilih nama cantik dan indah dan mengabadikan nama nenda suami, Tuanku Najihah untuk dijadikan nama tengah anaknya.

Sarimah memperkenalkan anak perempuannya, Tunku Sofia Najihah yang selamat dilahirkan pagi semalam.

Menerusi entri yang dimuat naik pengacara kacukan Melayu-Irish itu dalam laman Instagram miliknya, Sarimah turut berkongsi maksud di sebalik nama yang dipilih.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah… Syukur ke hadrat Illahi… it is finally the time to introduce to you our Precious Princess ! 😍 . This is YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin 👶🏻💕 Her name means “Beautiful Victory” in Islam. She was Born this morning on the 19.7.19 ⏱ . We picked a regal, meaningful beautiful name that we really like and chose HRH Tuanku Najihah (sayangs grandmother) for her middle name.. She looks like my sayang i think!!😍 . She has only been born 12 hours and is already with her eyes wide open and observing the world 🥰 . This is the most amazing gift from Allah to us and we are so very blessed! 😍 Thank you for the words of support and encouragement.. now mummy needs to rest a bit more but we will update everyone soon as we can 💪🏻👶🏻🤰🏻👨🏻 We are so in love💕 . #tunkuxishere #nadzimuddinclan #sarimahibrahim #mummy #TunkuSofiaNajihah #love #NG9 #Irish #malay #unconditionallove #ourprincess #firstborn #julybaby #loveatfirstsight

A post shared by C.P Sarimah Ibrahim❤️ (@sarimahibrahim) on

“Alhamdulillah… syukur ke hadrat Illahi Ini masanya untuk memperkenalkan puteri yang kami sayangi.

“YM Tunku Sofia Najihah binti Tunku Nadzimuddin. Namanya membawa maksud kemenangan yang indah dalam Islam. Dia dilahirkan pagi ini pada 19.7.19.

“Kami memilih nama cantik dan indah yang kami suka dan memilih nama nenda suami, Tuanku Najihah untuk dijadikan nama tengahnya,” tulis Sarimah.

Selain itu, Sarimah turut mengucapkan terimah kasih buat mereka yang memberikan ucapan tahniah buat dia dan suami.

“Ini adalah hadiah paling bermakna dari Allah untuk kami dan kami rasa sangat bertuah. Terima kasih kerana memberikan kata-kata semangat dan sokongan.

“Sekarang, mummy memerlukan rehat sedikit tetapi kita akan mengemas kini perkembangan terbaharu untuk semua secepat mungkin,” tulisnya lagi.

Sarimah berkahwin dengan cucu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau Tunku Jamie pada 2 April 2015. – MHE TV

Iklan