Membesarkan anak pada zaman milenial dan moden kini sangat mencabar buat ibu bapa.

Tambahan pula bagi selebriti mahupun mereka yang popular daam laman sosial, sering menjadi tumpuan kritikan mahupun kecaman andai ada yang tidak kena.

Bagi seorang doktor yang juga model sambilan, Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say, 31, perkongsiannya dalam laman sosial bertujuan mahu memberikan ilmu bermanfaat buat masyarakat.

Shazril sebelum ini dikritik netizen kerana sudah menghantar anaknya, Aezril yang baru berusia dua bulan ke pusat penjagaan harian (daycare).

Pasangan ini mula dikenali ramai selepas Shazril berkongsi kisah mendapat anak selepas lima tahun berkahwin.

 

View this post on Instagram

 

Topik : KOSONG . Alang2 hangat topik hantar baby ke daycare, meh sy crite satu lagi sebab yg agak UTAMA knape sy hantar baby sy ke daycare. Terus terang sy ckp sy tak perfect & it’s up for u to judge. Sepanjang 2 bulan sy ber-paternity leave bersama bini menjaga baby, sy digelumangi perasaan KOSONG. Sy tau every parents lagi2 yg lama menanti kehadiran cahaya mata spt sy should be excited for our newborn tp lpas bulan pertama sy merasakan satu rutin yg tiada penghujungnya. . Bangun pagi mandikan baby, susukan baby, tidurkan baby, tuka pampers baby, susukan baby kembali, sedar2 dah penghujung hari & keesokan hari, rutin ini diulangi lagi. Keadaan ni yg drained sy d most. Xpnah sy exhausted physically & mentally sebegini. Sy xtipu masa ni lah bnyk slh fhm antara sy & bini, bnyk pertelingkahan, bnyk isu “berkira” timbul. Something needs to be done cz this is unhealthy for me, for my relationship with bini & for my baby cz i reached a point yg sy buat krn “terpaksa”. . Alhamdulillah sending Aezriel to daycare changes EVERYTHING for me. Immediately 1st day lpas hantar die sy terasa ringan, relieved & relaxed. Bila dia abis daycare sy xtau knapa tp sy rase excited gila nk amik dia, nk peluk dia, nk gomol dia. Hati rase lebih ikhlas, tiada lg terpaksa, tiada lg kekosongan. Sy sgt bersyukur amik 2bln paternity leave cz sekirany sy xamik cuti tu sy xkn dpt rasa ape yg bini & ibu2 di luar sane rasekan pabila dibiarkan berseorangan bersama baby. Maka suami di luar sana including myself, DO appreciate our wife. Die meroyan layankan, die marah telankan, die menangis lapkan cz ape yg mrk lalui serius teramat berat berbanding ape yg mrk luahkan. Gi belanja diorg Boba Brown Sugar secawan pasti lebih manis perhubungan anda nnt.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

“Topik: kosong. Alang-alang hangat topik hantar baby ke daycare, meh saya cerita satu lagi sebab yang agak utama kenapa saya hantar anak ke daycare.

“Terus-terang saya cakap, saya tak sempurna dan it’s up for you to judge.

“Sepanjang dua bulan saya mengambil cuti isteri bersalin (paternity leave) bersama bini menjaga baby, saya digelumangi perasaan kosong.

“Saya tahu setiap ibu bapa lagi-lagi yang lama menanti kehadiran cahaya mata seperti saya, should be excited for our newborn tapi lepas bulan pertama, saya merasakan satu rutin yang tiada penghujungnya,” tulis Shazril dalam Instagram miliknya pada Sabtu.

Jelas Shazril yang pernah muncul dalam rancangan MyDoctors ini, rutin yang berulang-ulang menjaga bayi membuatkan dirinya kepenatan sehingga menimbulkan salah faham dan pertelingkahan dengan isterinya.

Namun keadaan menjadi berubah apabila dia dan isterinya, Dr Azura Abas mengambil keputusan untuk menghantar anak ke pusat daycare.

Shazril mengakui kehidupannya berubah selepas bergelar bapa sejak 5 Mei lalu.

“Alhamdulillah, hantar Aezriel ke daycare mengubah segalanya buat saya. Immediately hari pertama lepas hantar dia, saya terasa ringan, lega dan tenang.

“Bila dia habis daycare, saya tak tahu kenapa tapi saya rasa teruja gila nak ambil dia, nak peluk dia, nak gomol dia.

“Hati rasa lebih ikhlas, tiada lagi terpaksa, tiada lagi kekosongan,” tambah Shazril.

 

View this post on Instagram

 

Topik : “Dahla Susah Dapat Anak, Bile Dah Dapat Hantar Daycare Pulak? Tak Bersyukur Betul” . Knkdg cukup amazed dgn ke-geliga-an pemikiran netizen. Cukup pantas mrk men-judge tanpa meletakkan diri mrk di tempat kita. Tp no prob, sy jawab elok2. Yes, sy mengaku yg sy hantar baby sy ke daycare seawal 2 bulan. Sb ape? Pertama, bini sy kerja swasta & peruntukan cuti bersalin tuk swasta mostly 2 bulan. Dah tu nak benti kerja ke? Bini ade terlintas nk quit tp mengenangkan jika dia xbekerja mcm mane dia nk sara parents die yg both tidak lg bekerja? . Kedua, hire maid letak kt umah prnts sy & parents sy tgkkn? Susah sb both parents sy masih bekerja maka xde siape nk pantau. Rumah parents bini pulak? Rumah mrk kecik sizeny 20×70 tu pn isi rumah dh 5org. Kalau letak baby & maid mmg sempit sungguh jadinya lagipun cukup la sshkn parents, diorg dh ssh2 besarkan kite its time for them to rest cz its not easy nk jage budak. Ketiga, xckup ke gaji sy nk support bini? Cukup tu mmg cukup tp sy bygkn jika sy berseorangan bersama baby spnjng hari pergh mungkin mental health sy terganggu kot. Yes, mungkin laki ngn pmpn berbeza tp zmn skng meng-restrict-kan pmpn bekerjaya drpd bekerja bg sy xbrape bagus tuk mental health mrk. . Sy tny balik, ape salah daycare smpi dpt reputation mcm ni? Korg tau x a LICENSED daycare kne dpt kelulusan drpd 4 agensi yg berbeza (Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba & Jabatan Kesihatan) & setiap satu agensi ni ade syarat masing2? Lain la mntk rumah sblh tlg jagakan, tu bukan daycare tu jiran. Nak kata kt rumah slmt, baru2 ni ade kes bayi meninggal sb ayah tertidur kt tingkat bawah. Kesimpulannya don’t be too quick to judge. Letakkan diri anda di tmpt mrk dlu baru anda akan faham mengapa mrk ambil tindakan sebegitu. Parents mana xsayang anak sendiri kt dunia ni peeps.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Kata Shazril, dia bersyukur apabila mengambil dua bulan paternity leave kerana dapat merasai sendiri pengalaman dan perasaan seorang isteri apabila menjaga anak baru lahir seorang diri di rumah.

Ujarnya, seorang lelaki seharusnya lebih menghargai isteri kerana sudah banyak berkorban demi suami dan keluarga. – MHE TV

Iklan