Minggu lalu, kecoh dalam laman sosial apabila netizen mengecam video yang dimuat naik pelakon Hairul Azreen dalam Instagram miliknya buat Hanis Zalikha.

Di dalam video tersebut, Hairul membuat ucapan sempena meluahkan rasa rindu kepada isterinya.

Namun luahan rasa rindu itu dilihat netizen seolah-olah menjatuhkan maruah seorang isteri secara umum.

Hairul yang ditemui MHE TV di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, sempena majlis pengumuman Hanis sebagai duta jenama Happi Kiddo, dia tidak merasakan video tersebut sebagai isu yang besar.

“Saya sebenarnya tak menyangka ini akan menjadi isu besar kerana sibuk di lokasi penggambaran.

“Sehinggalah ada wartawan yang datang pada saya bertanyakan tentang video tersebut.

“Pada saya, ia tak ada masalah dengan apa yang saya buat. Hanis tahu saya ni jenis yang macam mana dan kami suami isteri memang jenis bergurau.

“Saya buat video itu niat untuk menggembirakan isteri saya. Tak semua orang akan gembira dengan apa yang kita buat. Hanis tahu perangai saya macam mana,” jelas Hairul pada MHE TV.

Hairul pada ketika ini sibuk menjalani penggambaran filem Wira yang mengetengahkan genre aksi. -MHE TV

“Ayang I shooting dulu, Ayang jaga anak kita ehh. I habis shooting, kita buat anak ketiga,” kata Hairul.

Namun luahan rasa rindu itu dilihat netizen seolah-olah menjatuhkan maruah seorang isteri secara umum.

Hairul menjelaskan Hanis lebih mengenali bagaimana dia sebenarnya.

Hairul yang ditemui MHE TV di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, sempena majlis pengumuman Hanis sebagai duta jenama Happi Kiddo, dia tidak merasakan video tersebut sebagai isu yang besar.

“Saya sebenarnya tak menyangka ini akan menjadi isu besar kerana sibuk di lokasi penggambaran.

“Sehinggalah ada wartawan yang datang pada saya bertanyakan tentang video tersebut.

“Pada saya, ia tak ada masalah dengan apa yang saya buat. Hanis tahu saya ni jenis yang macam mana dan kami suami isteri memang jenis bergurau.

“Saya buat video itu niat untuk menggembirakan isteri saya. Tak semua orang akan gembira dengan apa yang kita buat. Hanis tahu perangai saya macam mana,” jelas Hairul pada MHE TV.

Hairul pada ketika ini sibuk menjalani penggambaran filem Wira yang mengetengahkan genre aksi. -MHE TV

Sumber foto: Wahidah Zainal

Iklan