Pelakon Fasha Sandha berkongsi berita sedih tentang kandungannya yang mengalami keguguran.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik dalam laman sosial, Fasha memberitahu dia terlalu banyak bergerak ketika sambutan Syawal tahun ini sehingga memberi kesan kepada kandungannya.

“Sebelum cuti beraya, doktor sudah pesan untuk banyakkan berehat. Jangan terlalu lasak.

“Saya tidak dengar cakap doktor. Saya naik turun keretapi dan kapal terbang, jalan laju-laju, buat kerja sampai lupa ada baby kecil dalam perut.

“Saya bukan ibu yang terbaik. Saya sangat sedih untuk memberitahu yang saya telah keguguran,” kongsi Fasha.

Fasha berkahwin dengan Aidil Aziz pada 30 Mac lalu. Terdahulu, pasangan ini berkongsi berita kehamilan Fasha kira-kira sebulan lalu.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli, pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak, Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4. – MHE TV

Iklan