Pelakon dan pengacara, Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.

Juliana berkongsi berita gembira itu menerusi ruangan Insta Story dalam Instagram miliknya pagi tadi.

Juliana tersenyum memandang ke arah anak tersayang.

“Alhamdulillah, I am a mother,” tulis Juliana ringkas.

Menerusi gambar yang dimuat naiknya, Juliana tersenyum sambil memandang anak kesayangannya yang sedang tidur.

Namun begitu, Juliana belum berkongsi wajah penuh anaknya untuk tatapan umum.

Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017. -MHE TV

Iklan