Shah akui mengenali Fatin ketika sama-sama terbabit dalam drama Monalisa.

Baru dikenali menerusi telenovela Monalisa, kehadiran pelakon baharu, Shah Hazvee, 23, mula disedari penonton setelah membintangi drama popular, Kan Kukejar Cinta Kamu.

Bagaimanapun, sejak namanya menjadi sebutan, timbul khabar angin mendakwa jejaka kelahiran Kuala Kubu Bharu, Selangor itu menjalinkan hubungan cinta dengan seorang aktres berstatus janda.

Shah mula dikenali setelah membintangi drama Monalisa dan terkini, Kan Kukejar Cinta Kamu.

Mengulas lanjut perkara itu, Shah atau nama penuhnya, Muhammad Shah Radhi Hazvee tidak menafikan, bahkan mengakui pernah mempunyai hubungan rapat dengan wanita tersebut iaitu Fatin Afeefa, 24.

“Ya, saya kami pernah berkawan rapat sebelum ini ketika sama-sama membintangi drama Monalisa.

“Bagaimanapun, hubungan kami tak ke mana dan tamat sebaik sahaja drama tersebut habis disiarkan,” jawabnya jujur tanpa ingin melanjutkan bicara.

Hubungan Shah dan Fatin hanya bertahan buat seketika sahaja.

Justeru, dia enggan dikaitkan lagi dengan aktres yang mempunyai dua orang anak itu dan mahu fokus berkarya.

Sementara itu, menyentuh karier seninya, Shah yang mendukung watak bernama Raid, adik kepada karakter utama lakonan Fendy Bakry dalam drama Kan Kukejar Cinta Kamu terharu atas sokongan diberikan peminat kepadanya.

“Biarpun kerjaya lakonan bergerak perlahan, namun saya gembira kerana berkembang dari semasa ke semasa.

“Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kepercayaan atas bakat seni saya,” ujarnya. – MHE TV

Iklan